Monday, September 24, 2012

Hanya Pada Mu BONDA

pagi isnin yang ceria...Dalam keseronokan pasti ada kesedihan..itu la yang akan di alami kita semua..

Alhamdulilla syukur kepada Mu ya Allah.kerana telah mengizinkan BONDA pergi mununaikan rukun Islam yang ke 5( munanaikan haji). semoga BONDA disana sihat dan gembira berjumpa dengan Mu ya Allah...semoga Engkau mempermudahkan segala urusanya Ya Allah..

namun pemergian BONDA kesana membuat aku berasa sedih dan sunyi..ini baru 45 hari BONDA pergi..sudah terasa sunyi dan sedih..

Pasti BONDA bertambah sedih dan sunyi bila kami semua tiada di sisi..baru kini dapt ku rasakan kesedihan yang BONDA rasa selama ini..

Tuesday, September 11, 2012

SELMAT HARI RAYA & TERIMA KASIH

selamat pagi semua..dah lama rasanya menyepikan diri..

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya mhn maaf zahir dan batin kepada rakan2 blogger,rakan2 kolej, family dan rakan pejabat..

Alhamdulilla pada 3 syawal 1433 yang lepas, aku telah melangsungkan majlis pertunangan di kluang..semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit maslah yg berlaku..kepada pihak lelaki jgn serik ye datang umh saya..dan xlupa pada kawan2 yang wish dan buat keluarga tercinta terima kasih di atas sokongan dan membantu menjayakan majlis ini.. terima kasih yang x terhingga..

buat kak long, terima kasih kerana sponsor kek yang begitu sedap dan juga hantaran yang sangat cantik...http://www.suecookies.com/

Monday, July 30, 2012

Puasa Vs memakai tudung...

Salam semua..rasanya dah lama aku x menulis...ermm hari ni ada sedikit cerita dari sahabat aku dan ingin di kongsikan bersama..jom kita layan cerita ini...
Antara A dan B

A : B kenapa kau puasa..

B : gila ke ap kau ni.?.ni kan Bulan Ramadhan..mesti la kita kena puasa..sebagai org islam kita diwajibkan berpuasa..berdosa tau kalau xpuasa..

A : ooo mcm tu..tpi yang kau tu x pakai tudung, xtutup aurat..x berdosa ker?
(agak2 ap yang si B ni jawab??)


B  : helloo..itu hak aku la nak pakai ke x..kita kubur lain2..yang kau sibuk tu kenapa?
A  : tapi bukan ke ianya wajib dan dah dinyatakan dalam al-Quran??
B  : terus diam dan berlalu..

rasa kesian kat B tu kan...sebenarnya apa yg dipikirkan oleh si B tu ye..mudah2an dia mendapat rahmat n hidayah dari Allah..

Monday, June 4, 2012

Mas Kahwin Vs Duit Hantaran

ASSALAMUALAIKUM....semua..diam xdiam dah masuk bulan 6 kita..sekejap sgt masa berlalu...begitu juga dengan peredaran zaman.. zaman juga tidak mengubahkan adat yang selama ini kita bawa... cuti sekolah ini banyak pula kenduri kahwin di adakan..syukur Alhamdulilla..

.namun persolan yang bermain difikiran saya..kenapa dan kenapa duit hantaran lebih tinggi dari mas kahwin? dah perlu ke pihak perempuan meminta duit hantaran yang tinggi semata2 untuk mengadakan kenduri kawin yang meriah? sebenarnya, mana yang lebih penting? Mas Kahwin atau Duit Hantaran?

p/s Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.



Thursday, May 31, 2012

SAKIT BILA KAWAN MENIPU (kawan or pakwa)

Alangkah indah nya bila kita sentiasa hidup bahagia dan gembira, namun telah ditetap kan kehidupan kita ini umpama roda..gembira sedih marah akan bersatu dalam diri kita..hanya kesabaran,ketabahan yang mampu buat kita kuat untuk menghadapinya..

aku ada seorg kawan, dlu yg aku kenal seorg yang baik..berpakaian sopan dan sentiasa rendah diri ..namun apabila ia berkenalan dengan seseorg, dia mula berubah, dari segi pakain, percakapn serta perbuatan..

kami sering ditipu olehnya..ada sahaja alasan yg diberi apabila keluar or dating dengan bf dia..pada satu hari kami makan bersama, n dia terlepas cakp kat kami yg dia blik kg lelaki tu,.seingt aku, pada tarikh itu dia kata blik umh makcik nye..kesian kan kat kami..kena tipu..tapi lagi kesian kat kawan kami..sbb hanya lelaki itu, dia sanggup berbohng..sayang sgt2..

sebagai seorg kawan, aku cuba beri nasiht, namun nasiht kami ini tidak memberi kesan..sedih sakit hati mesti ada dalam hati, kerana kawan yg kita sayng dan percaya boleh tipu kita kerana lelaki..

doa ku untuk kawan ku ini, moga engkau dilindungi Nya dan mendapat suami yang baik..

Monday, May 28, 2012

TAHNIAH..SELAMAT PENGGANTIN BARU..

Assalamualikum semua..dah lama rasa nya x update blog ni..rindu pun ada..banyak sangat kerja yang nak dibuat..hari ini, hari isnin yang akhir untuk bulan MEI..huhuhu maka tamat lah bulan MEI..

Bulan  JUN akan menjelma..huhu..cepat sungguh masa berlalu..dah bertambah lah kesibukkan ku..huhu..

sebenarnya..saya ingin berkongsi aktiviti di hari sabatu yang lepas..aitu pada 26.05.2012(SABTU) dimana telah berlangsung satu majlis perkahwinan kawan aku di Cheras Kajang..TAHNIAH di ucapkan kepada kawan ku..Rabiatul Zaliqa(ALIQ) dan pasangan nya Faizal..semoga perkahwinan kalian kekal hingga akhirhayat dan mendapt Rahmat dari NYA..

dan gembira sangat dapat jumpa kawan2 yang dah lama xjumpa..asik sembang dalam fb je..rupa2 nya ramai juga kawan2 ku yang akan berkawin pada ujung tahun ini dan I.ALLAH thn depan..tahniah di ucapkan..

jom aku kongsi cikit gambar2 yang sempat diambil..buat kenangn bersama..



Thursday, May 17, 2012

jom kita rest.

assalmmualikum semua...setelah penat bekerja  , belajar..apa kata rehatkan otak, badan yang letih ini..ambil la sedik masa untuk kita kuar bersama keluarga tercinta makan angin..wat aktiviti bersama..pasti ikatan kelurga akan bertambah erat dan mesra...


5. MAY yang lepas angah,kak uda  n my mother..datang kat dengkil..tujuannya nak g kenduri kawin kat Sabak Bernam,kami pun ambil kesempatn ini untuk makn angin dan berhibur seketika..seronok..bukan sekadar anak2 gembira..malah mak pun turut gembira yang teramat sgt..walaupun hati mak sedih, namun aku n yang lain sedaya upaya untuk gembirakan mak..KAMI SEMUA SAYANGKAN BONDA..jom kita intai cikit gambar yang aku shoot..


ni sebahagian gambar yang aku shoot...

basikal tua..ni dah mcm org kampung betul..abah n anak2..














                                                                             
alyaa n halimatun..akak ipar ku
budak yang comel..dan kuat merajuk..boleh pulk dia merajuk sbb xdapt naik basikal,,cian ci kecik nie..

ni la aina maisara...sebb dia paling kecil n comel..semua org sayng dia.. yang paling best sekali..fans Chelsea mcm makusu dia..hehhe



Tuesday, May 15, 2012

Pagi Yang Bertenaga

assalamualikum semua..dah lama x update blog nie..biasa la..bulan ni banyak sangat wat kerja luar..kerja kat pejabat pun berlambak..rasa .letih badan dan otak..penat mana pun jgn kita abaikan kesihatn dan makanan, sebab makanan yang kita makan boleh menghasilkan tenaga yang membantu otak untuk proses maklumat, dan otak lah yang memberi arahan kepada kita untuk bergerak dan sebagainya...apa yang penting untuk memulakan pagi kita, marilah kita sarapan terlebih dahulu..kerana sarapan amat penting untuk diri kita..makanlah makanan yang berkhasiat untuk mendapat tenaga yang cukup sampai tenghari...

pagi yang indah.. lebih ceria, lebih...bersemangat serta lebih..bertenaga...

Thursday, May 3, 2012

novel vs realiti

kawan-kawan...apabila baca novel kita berasa seperti berada di alam fantasi, numun pernah tak ia berlaku dalam kehidupan kita...mesti seronok sekiranya perkara yang baik-baik terjadi dalam kehidupan kita..berbungan2 la hati ini kan..heheh lagi2 dapat pasangan yang serba sebi cukup la..SUBAHANALLAH....xterkata rasanya..
tpi bila perkara yang kurang baik berlaku mesti kita rasa sedih...namun itu semua hanyalah permain hidup..mungkin tidak sama dengan novel, namun ada juga yang boleh dikata kan sama..

apa pun yang berlaku ia adalah ujian dari NYA...berusaha lah kita untuk menjadi lebih baik untuk pasangan kita, sama2 membantu untuk membina ikatan yang murni..semoga ALLAH merahmati kamu...

Monday, April 30, 2012

cuti sambil berniaga

assalamualaikum semua...ari nie rasa nak kongsi kegembiraan bersama..walaupun penat, namun hasilnya sungguh lumayan dan enjoy...

 semasa cuti dua hari di kampung ku..sempat la gak aku membantu my loving sister berniaga..masa aku blik kluang ada program  kerjaya (KEPAK)..so my sis ni ada bukak gerai kek kat situ, so aku ni dah lama xmeniaga n nak tunjuk skill la konon..heheh aku pun joint la dia..tpi kejap jela..yang buat aku seronok..dapat jual cup cake dalam 20-30 biji dalam masa 1jam..happy gila...

segan tu memang la ada..tpi segan tu hilang bila kita berjaya tarik pelanggan n jual product kita..n bila customer kita happy, automatic ko org mesti rasa gembira.. dan kat situ jugak aku dapat kenalan yang baru n dapat belajar sesuatu yang baru...jom aku kongsi gambar yang sempat aku ambik..

cup cake SUE COOKIES
ni la my sis SUZILAWATI BINTI AMRAN
 the owner SUE COOKIES
macam-macam perisa cup cake yang ada..sampai customer pun xtau nak ambik yang mane. sebab semunya sedap2 belaka..dengan harga yang sangat berpatutan..

1 biji RM 1.50
3 biji RM 4.00

murah dan berbaloi kan..


inilah dia suasana gerai kami..ada yang datang untuk membeli serta buat tawar menawar harga dan ada yang berminat untuk belajar..nak tahu selanjutnya boleh la layari blogini..
http://suecookiesnsavoury.blogspot.com/

sweetkan cake2 tu...













bukan cake sahaja ada dijual malahan air pun turut dijual n mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.. terima kasih kepada mereka yang membeli serta mereka yang datang ke karnival KEPAK ini...

to my sis..TERUSKAN USAHA ANDA..kami sentisa sokong kamu...



Tuesday, April 24, 2012

terima kasih

tiada kata yang paling indah selain ucapan terima kasih dari ku.. dengan ucapan serta doa yang engkau berikan kepada ku...sesungguhnya ia amat bermakna..semoga engkau juga akan dilindungiNYA...

terima kasih kawan ku....
denagn ucapan ingatan tulus ikhlas yang engkau telah berikan kepada ku..
terima kasih kawan ku..yang telah mewarnai kehidupan ku..
terima kasih kawan ku..kerana engkau sudi menjadi sahabat ku...
I LOVE YOU,wanda,siti sahara,ida,intan safinaz dan ain...
semoga sentiasa dirahmatiNYA..AMIN..

Friday, April 20, 2012

Sayangi Harta Anda

assalmualikum semua...di pagi jummat yang indah ini mirilah kita sama2 beramal...mula kan pagi ini dengan senyuman,bertegur sapa dengan mereka yang jarang kita tegur.(dipejabat,ataupun kelas) agar mendapat kecerian dalam hidup kita...

begitulah juga dengan harta..apa itu harta? mesti ramai yang berkata harta itu, DUIT, ASSET...dll..sebenarnya kontek harta ini sangat meluas..cuma adakala nya kita terlepas pandang..xnak ambik tahu dan ada yang buat2 xtahu...apabila kita bijak dan sayang harta kita pasti hidup kita akan ceria..

harta = isteri, suami,anak2. sekiranya kita boleh menjaga dan sayangi suami,isteri dan anak2 maka,kita pasti boleh menjaga asset yang kita perolehi..sesungguhnya harta yang kita perolehi, adalah rezeki yang ALLAH telah berikan kepada kita...oleh itu SAYANGI lah harta yang diberi kepada kita....adakah anda tergolong dalam senari ini>>>

1. banyak duit dah asset TETAPI kurang kasih sayang isteri/suami dan anak2
2. banyak duit dan asset TETAPI tiada pasangn hidup
3. ada isteri dan anak TETAPI kurang duit dan asset
4. ada asset,suami/isteri,anak TETAPI hutang berlambak
5. tiada anak TETAPI isteri lebih dari satu...

yang sebenarnya apa yang dinyatakan diatas adalah rezeki yang diberikan kepada kita..semua orang akan memperolehi harta masing2 dengan cara yang berbeza..oleh itu sayangilah harta yang kita perolehi..yang mane lebih berila sedekah..yang mane kurang berusaha la..ALLAH pasti memberikan harta kepada kita..bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi dari pelbagai bentuk...

p/s>> apa yang kita ada pada hari ini adalah rezeki yang ALLAH telah berikan kepada kita sebagai harta kita,oleh itu sayangilah harta itu dan bersyukurlah kita kepadaNYA..ALHAMDULILLAH


Tuesday, April 17, 2012

jom kita hayati..

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu  kemana hendak di tuju
Kehilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalamaan diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat ditangan  membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi kita buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur  dengan masa
Tidak ada kawan yang datang membantu

Tiada pengalaman yang memastikanya
Tiada pedoman menunggu kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti 


 p/s hidup ini sangat singkat jika kita xpandai hendak menghargainya..

Friday, April 13, 2012

kunci oH kunci!!!!

kunci oh kunci...kat mne la ko ye...kalau kunci tu boleh jawab kan bagus..jom kita cerita sikit pasal kunci..

jam dah kul 7.15pm..baru la dapat balik uamh..pehh penat kerja.. sampai saje kat kereta...boleh pulak abg aku ni tnye..YOP mane kunci?Aikk...apsal kat org pulak...ahhh sudah..g la naik balik offic.. dalam 5mint mcm tu la tunggu...dia kata kunci xad kat bilik..adoi..dah kul 7.25 ni..badan pun dah letih..xpasal2 aku kena naik sama cari kunci...

cari sane sini,selongkar semua tempat..Tetiba...pappppp gelap...lampu terpadam...ALLAHUAKBAR!!!! rrr lagi susah nak cari...bila dah gelap..haa mcm2 la yang aku pikir..harap2 xadalh kejadian pelik berlaku..xsanggup aku...dah 15minit cari xjumpe..kami pun berhenti..g solat dlu kat surau lobi...(mudah2an dipermudahkan urusan kami...)

10minit kemudia, kami naik semula..dalam gelap juga kami cari.. dari depan sampi la belakng...

samapi meja Ezah aku pun cari..tau ap abg aku kata.

abg> hang cari kat situ pasai ap..xada nya aku nak letak kat situ..
aku> kot-kot la kan..terletak ke...hheehhe (muke dah bengang)

20minit kemudia..rasa nak give up ni...
aku> cuba ingat balik last sekli g mne..
abg>boleh pulak dia lakonkan semula..

5minit kemudian>
abg>YOP..hahhahah :) ketawa beso..dah jumpe..
aku>kat mne..
tau kat mne kunci tu?
abg> kat meja Ezah...
aku>perhhh rasa nak bagi je...
rupa2nya sebelum balik tu dia g timbang berat kat depan meja Ezah..so kunci tu dia letak kat atsa fail2 Ezah..hai...
sepanjang balik kami gelak je...walaupun dalam  gelap namun kami dapat cari juga..
1.30 jam kami kat pejabat cari kunci..kul 9.30 baru sampi umah...

kat sini ada 2 pengajaran kami dapat...
1. simpan baik2 barang berharga,
2. guna mata hati,untuk mencari barang dalam gelap..rasa macam orang buta, namun ALLAH itu MAHA BERKUASA,,,


Thursday, April 12, 2012

tanggungjawab bersama

salam semua..selalu nampak sahaja bilik air tempt aku bekerja bersih sahaja..tetapi ari ni ada pulak insan yang xbertanggungjawab membuang tisu dalam mangkuk tandas...dah la air slow nak pam...hai ada gak insan yang  BODOH la aku bg kat dia..
ingat aku sorng je yang mengamuk kat bilik air tu..rupanya ada lagi yang PANAS hati ngn kejadian tu...hai jadilah manusia yang bertanggungjawab cikit...

p/s jagalah kebersihan untuk kita dan orang lain..

Thursday, April 5, 2012

Jodah Pertemuan

dear my friend...
tidak ku sangka org yang ku benci kini menjadi sayang... dri jauh menjadi dekat, dari dekat menjadi jauh..makin jauh menjadi rindu, bila rindu bertambah sayang, dari sayang bertambah kasih,...dari kasih datanglah berbagai ujian yang diberikan... hanya pada mu Ya ALLAH aku serahkan..sesungguhnya aku hanya mampu merancang..tapi perancang yang lebih baik adalah engkau Ya ALLAH..
moga dia menjadi milik ku...

Friday, March 30, 2012

keluarga bahagia

assalamualaikum..

ari ni. aku ingin berkongsi serba sedikit maklumat yang telah aku perolehi di KKM..Bagaimana hendak membina keluarga bahagia..

1. KELUARGA BAHAGIA: IMAN + TAQWA = KETENANGAN HATI..
untuk membina keluarga bahagia kita perlukan ketenangan..baru la hidup berasa aman..

2. KASIH SAYANG..terbahagi kepada 5:
  • bagi hadiah
  • Kata-kata rangsangan(pujian)
  • Sentuhan fizikal..(salam)
  • masa(luangkan masa bersama keluarga)
  • memberi khidmat(membantu isteri)
RAHSIA KASIH SAYANG RASULULLAH
  • Buktikan dengan kata-kata(panggilah dengan panggilan yang mesra, manja)
  • Perbuatan
3. Pergaulan yang baik, amalkan 5S
  • salam
  • Salam(berjabat tangan)
  • Senyum
  • Sapaan
  • Sopan
4. Amanah & tanggungjawab
(apa yang kita ada hari ini adalah milik ALLAH maka jagalah amanah yang diberikan dan jadilah manusia yang bertanggungjawab)

5. Rezeki yang Halal ( perlu dititik beratkan bahawa setiap makanan ,minuman yang kita makan dan minum akan menjadi darah daging kita . oleh itu berilah keluargamu dari rezeki yang halal dan bersih)

6. Banyakkan berdoa( sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar doa hamba2 nya)

7. Buat baik pada ibu bapa( ingatlah kalau kita nak anak2 kita hormat kita, maka hormatlah ibu bapa kita dahulu)

Thursday, March 29, 2012

muka boleh tentukan kerjaya sesorang ker??

entah kali keberapa la muka aku disamakan dengan kerjaya..ermmm kerjaya yang dimaksudkan CIKGU..aduh2..ramai yang kata muka aku,perwatakan aku ni sesuai menjadi cikgu..CIKGU pula bukan la bidang yang aku minat..klau cikgu tu adalh kerjaya aku..Alhamdulilla...

ayat-ayat yang biasa ditanya
  •  kerja apa nak..ooo ingatkan cikgu..muka mcm cikgu..
  • tak minat jadi cikgu ker? muka n gaya dah ada..
  • wah2..dah macam cikgu aku tengk ko...
itulah ayat2 yang biasa aku dapat..hahahha...mcm xkena pulak dengn diri ku ini..

A untuk AYAM
B untuk BUNGA
C untuk CICAK...

peringatan!!!

petang semua..

wow dalam nak cepat hari ini, ada kejadian yang x disengajakan berlaku di tempat parking kereta..wawawa
huhuhu cari parking punya la susah..tetiba namapk ad kosong..apa lagi aku ngn member pun terus parking..tengk kat park tu xad nama sape2 so ingat boleh park la...aku pun ingt kejap je la urusan tu..kami pun terus jalan...selesai sahaja urusan terus la nak blik..sekali tengk kereta kena blok ngn kereta lain la pulak..aduhh..sudah..xkan nak tunggu sampai 5.30 ko..ni bru kul 4..tengk kereta tu..ad sticker immigration la pulak..sudah rupa2nya aku ambik parking orang daaa...
lepas tu nak xnk g la kaunter pertanyaan..wow..ad la abg ni tunjuk macho la pulk..dia pun ikut la kami kat b3 nak tengk sape punya kereta..confrm pegawai tu punya parking..wawaw rasa bersalh la pulak ambik parking org..patut la dia blok kereta aku...lepas 5mint tuan punya kereta pun datang..ingt kan nak marah..tpi dia pulak mintak maaf kat aku...fuhhh aku pun mintak mf gak..nasib baik x kena balun ngn pegawai tu..

p/s jangan ambik hak orang lain..dah tahu orang luar..buat cara orang luar...

makanan kegemaran..kawan2 ku

setiap insan pasti mempunyai citarasa yang tersendiri..dari segi pemakanan,pakaian dan lain2..kini aku nak cerita pasal makanan ..kalau xpandai masak pun beli kat kedai pun dah memadai..asalkan dapat makan..tpi klau betul2 suka gila ngn makanan tu pasti mereka akan belajar membuatnya..syabas aku ucapkan..sebab ko orang ad inisiatif untuk membuatnya..ni adalah makanan kegemaran kawan2 ku..


 agak2 sape yang suka makan laksa...ni adalah makanan ain..bukan setakat laksa pening je..laksa johor pun dia sapu sekali..yang best nya..dia ni pandai buat laksa....memang terbaikkkk la ain punya laksa..hehhe

masak lemak cili api..makan lemak nie aku xla berape ske..tpi kawan aku sorng nie..bila masak lemak cili api je, mesti ingat kat aku..heheh biasa la sedap..so disebabkan kami di dok jauh pas abis belajo..nak xnak dia terpaksa la belaja..dan akhirnya berjaya jua masak lemak cili api mcm aku masak..ni la kawan ku siti sahara.. TAHNIAH!!!!


 
tengok macam menarik je...rasa? belum tentu menarik...budak ni adalah wanda..seorang yang suka ngn coklat..apatah lagi dengan kek coklat mcm nie.abis la..kat situ juga nak..kalau buat xtau je..dia bercerita la sampai kami beli..teruk kan..hahaha..tapi..aku bangga dengan dia..di sebabkan suke yang teramat, maka dia berjaya membuat kek coklat..so kalau teringin je mesti dia buat..kek yang wan buat..teramat la sedap..untung la inchik harapujee dapat bakal isteri pandai masak..


p/s ketahui makanan kegemaran kawan2 anda untuk merapatkan lagi ikat persabatan yang terjalin..

Wednesday, March 28, 2012

istikharah cinta!




Bersaksi cinta di atas cinta                                
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi       
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu                                               
                                                                            intan irzura......
 Di istikharah cinta                                                                
 moga engkau menjadi milik ku....

Anak panas baran

assalamualaikum semua...pagi ini aku nak berkongsi serba sedikit tentang kehidupan kita,diri kita yang mungkin akan membawa kesan kepada anak2..sepertimana yang kita tahu..anak- anak ini ibarat kain putih bersih lagi suci..mereka ini lah yang bakal menjadi pewaris, keturunan dan menyambung talipersaudaraan yang telah dibina..
berdasarkan topik sya,kenapa anak-anak boleh menjadi panas baran?adakah berpunca dari ibu bapa?faktor sekeling?atau keturunan? cuba kita renungkan semula,sekiranya anak lelaki kita menjadi panas baran..tidak mustahil bila-bila masa sahaja mereka boleh jadi kaki pukul,membunuh dan sebagainya..begitulah dengan wanita..oleh itu marilah kita sama-sama mencari jalan serta membuang sikap panas baran pada diri kita dan anak2..

1. berilah mereka ruang untuk menyatakan apa yang mereka tidak puas hati
     biarkan mereka menyatakan hasrat hati mereka, selepas mendengar barulah kita memberi nasihat atau  pandangan atau penjelasan yang terbaik agar anak-anak boleh memahami dan tidak memberontak..adakalanya anak-anak ini perlukan perhatian,mahu kan kasih sayang,dibelai,dimanja dan sebagainya..komunikasi yang baik apabila anak-anak sedang marah adalah dengan mengambil hati mereka,bertanyalah denagn cara yang baik..

2. berdiam diri
    apabila kita terlalu marah lebih baik berdiam diri, itulah perkara yang perlu kita katakan kepada mereka. suruh mereka berfikir seketika..tentang kesan daripada marah itu..apabila kita marah, mulut akan mengeluarkan kata2 yang tidak sedap didengar..oleh itu biarlah anak2 bersendirian, tetapi perlu kita awasi juga..

3. faktor pemakanan..
    berilah anak-anak kita makanan dari sumber yang halal..rezeki yang kita perolehi biarlah halal..berilah mereka makanan yang sihat seperti kurma,kismis dan sebagainya..

4. setiap kata-kata ibu bapa dan perbuatan adalah doa untuk anak-anak
    keluarkanlah kata-kata yang baik,perbuatan yang baik kepada anak-anak kita..kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut adalah doa..jangan sesekali menyatakan anak kita bodoh,lembab,dan sebagainya...berdoalah untuk mereka agar menjadi insan yang penyayang...

p/s sesungguhnya solat itu adalah kerehatan jiwa yang paling baik...apabila kita marah, maka segeralah mengambil wuduk serta solat, beristighfar...untuk menenagkan jiwa yang memberontak...

Tuesday, March 27, 2012

berhati-hati apabila bergambar..

salam semua..ermm pada masa kini mengambil gambar sendiri sangat la popular apatah lagi gambar kawin..tapi jangan pulak kita terlepas pandang akan hukum2nya...xsalah nak bergambar tetapi ada batasnya..apatah lagi yang ambil gambar itu bukan dari mahram kita..terutamanya wanita..pernah x kita terpikir apa yang akan berlaku sekiranya gambar yang diambil boleh mendatangkan keghairahan pada photographer dan sape yang melihatnya? tidak salah sekiranya gambar yang diambil bukan dari mahram kita dan tidak mendatangkan keghairahan..mungkin kita boleh sama2 menilai akan perkara2 yang kita terlepas pandang:

1. bersolek yang berlebihan
2. bergambar dengan aksi pasangan suami isteri(boleh mendatangkan keghairahan)
3. gambar selepas di edit
4. bagaimana pula tentang bayaran?
sekiranya kita lupa akan semua itu..kembali la kita pada jalan yang benar..apabila terlupanya kita maka segera la bertanya pada mereka yang arif..jangan la kita terus hanyut dalam kealpha kita sendiri..MALU BERTANYA SESAT JALAN..

p/s sama2 kita menilai akan diri kita...salam..

Monday, March 26, 2012

berterus teranglah sebelum terlambat..

ada kalanya penipuan itu penting untuk menjaga hati seseorang, tetapi adakah orang yang kita tipu itu tidak dapat menghidu akan  apa yang telah kita lakukan kepadanya? pernah kah kita terpikir akan akibat daripada penipuan yang telah kita lakukan?sebelum terlambat..bertetus teranglah dengan beliau..sekira nya beliau tidak dapat menerima dengan apa yang kita katakan..maka..bersabarlah..dan terima  apa jua yang bakal mereka kata kan..namun..persolananya..
MAMPUKAH KITA BERSABAR DAN MAMPUKAH KITA BERTERUS TERANG??

Thursday, March 15, 2012

hari berganti hari...TAHNIAH!!!!!

sedar- sedar dah lama xtulis blog nie..maklum la jadi suri rumah memang agak bz cikit..kikikiki ermm bnyak benda nak cerita...tpi xtau nak mulakan dari mana..firtly aku nak ucapkan tahniah kepada semua kawan2 ku yang telah mendaptkan pekerjaan..bagi yg belum atau masih mencari2 lagi..teruskan usaha anda..pasti ad rezeki buat kamu..


bagi mereka yang sudah bekerja...jdilah pekerja yang bertanggungjawab supaya dapat menghasilkan satu produk yang berkualiti..bekerjalah dengan hati yang ikhlas, agar setiap hari yang kita lalui sentiasa mendapat Rahmat dari NYA...