Friday, March 30, 2012

keluarga bahagia

assalamualaikum..

ari ni. aku ingin berkongsi serba sedikit maklumat yang telah aku perolehi di KKM..Bagaimana hendak membina keluarga bahagia..

1. KELUARGA BAHAGIA: IMAN + TAQWA = KETENANGAN HATI..
untuk membina keluarga bahagia kita perlukan ketenangan..baru la hidup berasa aman..

2. KASIH SAYANG..terbahagi kepada 5:
  • bagi hadiah
  • Kata-kata rangsangan(pujian)
  • Sentuhan fizikal..(salam)
  • masa(luangkan masa bersama keluarga)
  • memberi khidmat(membantu isteri)
RAHSIA KASIH SAYANG RASULULLAH
  • Buktikan dengan kata-kata(panggilah dengan panggilan yang mesra, manja)
  • Perbuatan
3. Pergaulan yang baik, amalkan 5S
  • salam
  • Salam(berjabat tangan)
  • Senyum
  • Sapaan
  • Sopan
4. Amanah & tanggungjawab
(apa yang kita ada hari ini adalah milik ALLAH maka jagalah amanah yang diberikan dan jadilah manusia yang bertanggungjawab)

5. Rezeki yang Halal ( perlu dititik beratkan bahawa setiap makanan ,minuman yang kita makan dan minum akan menjadi darah daging kita . oleh itu berilah keluargamu dari rezeki yang halal dan bersih)

6. Banyakkan berdoa( sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar doa hamba2 nya)

7. Buat baik pada ibu bapa( ingatlah kalau kita nak anak2 kita hormat kita, maka hormatlah ibu bapa kita dahulu)

Thursday, March 29, 2012

muka boleh tentukan kerjaya sesorang ker??

entah kali keberapa la muka aku disamakan dengan kerjaya..ermmm kerjaya yang dimaksudkan CIKGU..aduh2..ramai yang kata muka aku,perwatakan aku ni sesuai menjadi cikgu..CIKGU pula bukan la bidang yang aku minat..klau cikgu tu adalh kerjaya aku..Alhamdulilla...

ayat-ayat yang biasa ditanya
  •  kerja apa nak..ooo ingatkan cikgu..muka mcm cikgu..
  • tak minat jadi cikgu ker? muka n gaya dah ada..
  • wah2..dah macam cikgu aku tengk ko...
itulah ayat2 yang biasa aku dapat..hahahha...mcm xkena pulak dengn diri ku ini..

A untuk AYAM
B untuk BUNGA
C untuk CICAK...

peringatan!!!

petang semua..

wow dalam nak cepat hari ini, ada kejadian yang x disengajakan berlaku di tempat parking kereta..wawawa
huhuhu cari parking punya la susah..tetiba namapk ad kosong..apa lagi aku ngn member pun terus parking..tengk kat park tu xad nama sape2 so ingat boleh park la...aku pun ingt kejap je la urusan tu..kami pun terus jalan...selesai sahaja urusan terus la nak blik..sekali tengk kereta kena blok ngn kereta lain la pulak..aduhh..sudah..xkan nak tunggu sampai 5.30 ko..ni bru kul 4..tengk kereta tu..ad sticker immigration la pulak..sudah rupa2nya aku ambik parking orang daaa...
lepas tu nak xnk g la kaunter pertanyaan..wow..ad la abg ni tunjuk macho la pulk..dia pun ikut la kami kat b3 nak tengk sape punya kereta..confrm pegawai tu punya parking..wawaw rasa bersalh la pulak ambik parking org..patut la dia blok kereta aku...lepas 5mint tuan punya kereta pun datang..ingt kan nak marah..tpi dia pulak mintak maaf kat aku...fuhhh aku pun mintak mf gak..nasib baik x kena balun ngn pegawai tu..

p/s jangan ambik hak orang lain..dah tahu orang luar..buat cara orang luar...

makanan kegemaran..kawan2 ku

setiap insan pasti mempunyai citarasa yang tersendiri..dari segi pemakanan,pakaian dan lain2..kini aku nak cerita pasal makanan ..kalau xpandai masak pun beli kat kedai pun dah memadai..asalkan dapat makan..tpi klau betul2 suka gila ngn makanan tu pasti mereka akan belajar membuatnya..syabas aku ucapkan..sebab ko orang ad inisiatif untuk membuatnya..ni adalah makanan kegemaran kawan2 ku..


 agak2 sape yang suka makan laksa...ni adalah makanan ain..bukan setakat laksa pening je..laksa johor pun dia sapu sekali..yang best nya..dia ni pandai buat laksa....memang terbaikkkk la ain punya laksa..hehhe

masak lemak cili api..makan lemak nie aku xla berape ske..tpi kawan aku sorng nie..bila masak lemak cili api je, mesti ingat kat aku..heheh biasa la sedap..so disebabkan kami di dok jauh pas abis belajo..nak xnak dia terpaksa la belaja..dan akhirnya berjaya jua masak lemak cili api mcm aku masak..ni la kawan ku siti sahara.. TAHNIAH!!!!


 
tengok macam menarik je...rasa? belum tentu menarik...budak ni adalah wanda..seorang yang suka ngn coklat..apatah lagi dengan kek coklat mcm nie.abis la..kat situ juga nak..kalau buat xtau je..dia bercerita la sampai kami beli..teruk kan..hahaha..tapi..aku bangga dengan dia..di sebabkan suke yang teramat, maka dia berjaya membuat kek coklat..so kalau teringin je mesti dia buat..kek yang wan buat..teramat la sedap..untung la inchik harapujee dapat bakal isteri pandai masak..


p/s ketahui makanan kegemaran kawan2 anda untuk merapatkan lagi ikat persabatan yang terjalin..

Wednesday, March 28, 2012

istikharah cinta!




Bersaksi cinta di atas cinta                                
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi       
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu                                               
                                                                            intan irzura......
 Di istikharah cinta                                                                
 moga engkau menjadi milik ku....

Anak panas baran

assalamualaikum semua...pagi ini aku nak berkongsi serba sedikit tentang kehidupan kita,diri kita yang mungkin akan membawa kesan kepada anak2..sepertimana yang kita tahu..anak- anak ini ibarat kain putih bersih lagi suci..mereka ini lah yang bakal menjadi pewaris, keturunan dan menyambung talipersaudaraan yang telah dibina..
berdasarkan topik sya,kenapa anak-anak boleh menjadi panas baran?adakah berpunca dari ibu bapa?faktor sekeling?atau keturunan? cuba kita renungkan semula,sekiranya anak lelaki kita menjadi panas baran..tidak mustahil bila-bila masa sahaja mereka boleh jadi kaki pukul,membunuh dan sebagainya..begitulah dengan wanita..oleh itu marilah kita sama-sama mencari jalan serta membuang sikap panas baran pada diri kita dan anak2..

1. berilah mereka ruang untuk menyatakan apa yang mereka tidak puas hati
     biarkan mereka menyatakan hasrat hati mereka, selepas mendengar barulah kita memberi nasihat atau  pandangan atau penjelasan yang terbaik agar anak-anak boleh memahami dan tidak memberontak..adakalanya anak-anak ini perlukan perhatian,mahu kan kasih sayang,dibelai,dimanja dan sebagainya..komunikasi yang baik apabila anak-anak sedang marah adalah dengan mengambil hati mereka,bertanyalah denagn cara yang baik..

2. berdiam diri
    apabila kita terlalu marah lebih baik berdiam diri, itulah perkara yang perlu kita katakan kepada mereka. suruh mereka berfikir seketika..tentang kesan daripada marah itu..apabila kita marah, mulut akan mengeluarkan kata2 yang tidak sedap didengar..oleh itu biarlah anak2 bersendirian, tetapi perlu kita awasi juga..

3. faktor pemakanan..
    berilah anak-anak kita makanan dari sumber yang halal..rezeki yang kita perolehi biarlah halal..berilah mereka makanan yang sihat seperti kurma,kismis dan sebagainya..

4. setiap kata-kata ibu bapa dan perbuatan adalah doa untuk anak-anak
    keluarkanlah kata-kata yang baik,perbuatan yang baik kepada anak-anak kita..kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut adalah doa..jangan sesekali menyatakan anak kita bodoh,lembab,dan sebagainya...berdoalah untuk mereka agar menjadi insan yang penyayang...

p/s sesungguhnya solat itu adalah kerehatan jiwa yang paling baik...apabila kita marah, maka segeralah mengambil wuduk serta solat, beristighfar...untuk menenagkan jiwa yang memberontak...

Tuesday, March 27, 2012

berhati-hati apabila bergambar..

salam semua..ermm pada masa kini mengambil gambar sendiri sangat la popular apatah lagi gambar kawin..tapi jangan pulak kita terlepas pandang akan hukum2nya...xsalah nak bergambar tetapi ada batasnya..apatah lagi yang ambil gambar itu bukan dari mahram kita..terutamanya wanita..pernah x kita terpikir apa yang akan berlaku sekiranya gambar yang diambil boleh mendatangkan keghairahan pada photographer dan sape yang melihatnya? tidak salah sekiranya gambar yang diambil bukan dari mahram kita dan tidak mendatangkan keghairahan..mungkin kita boleh sama2 menilai akan perkara2 yang kita terlepas pandang:

1. bersolek yang berlebihan
2. bergambar dengan aksi pasangan suami isteri(boleh mendatangkan keghairahan)
3. gambar selepas di edit
4. bagaimana pula tentang bayaran?
sekiranya kita lupa akan semua itu..kembali la kita pada jalan yang benar..apabila terlupanya kita maka segera la bertanya pada mereka yang arif..jangan la kita terus hanyut dalam kealpha kita sendiri..MALU BERTANYA SESAT JALAN..

p/s sama2 kita menilai akan diri kita...salam..

Monday, March 26, 2012

berterus teranglah sebelum terlambat..

ada kalanya penipuan itu penting untuk menjaga hati seseorang, tetapi adakah orang yang kita tipu itu tidak dapat menghidu akan  apa yang telah kita lakukan kepadanya? pernah kah kita terpikir akan akibat daripada penipuan yang telah kita lakukan?sebelum terlambat..bertetus teranglah dengan beliau..sekira nya beliau tidak dapat menerima dengan apa yang kita katakan..maka..bersabarlah..dan terima  apa jua yang bakal mereka kata kan..namun..persolananya..
MAMPUKAH KITA BERSABAR DAN MAMPUKAH KITA BERTERUS TERANG??

Thursday, March 15, 2012

hari berganti hari...TAHNIAH!!!!!

sedar- sedar dah lama xtulis blog nie..maklum la jadi suri rumah memang agak bz cikit..kikikiki ermm bnyak benda nak cerita...tpi xtau nak mulakan dari mana..firtly aku nak ucapkan tahniah kepada semua kawan2 ku yang telah mendaptkan pekerjaan..bagi yg belum atau masih mencari2 lagi..teruskan usaha anda..pasti ad rezeki buat kamu..


bagi mereka yang sudah bekerja...jdilah pekerja yang bertanggungjawab supaya dapat menghasilkan satu produk yang berkualiti..bekerjalah dengan hati yang ikhlas, agar setiap hari yang kita lalui sentiasa mendapat Rahmat dari NYA...