Wednesday, March 28, 2012

Anak panas baran

assalamualaikum semua...pagi ini aku nak berkongsi serba sedikit tentang kehidupan kita,diri kita yang mungkin akan membawa kesan kepada anak2..sepertimana yang kita tahu..anak- anak ini ibarat kain putih bersih lagi suci..mereka ini lah yang bakal menjadi pewaris, keturunan dan menyambung talipersaudaraan yang telah dibina..
berdasarkan topik sya,kenapa anak-anak boleh menjadi panas baran?adakah berpunca dari ibu bapa?faktor sekeling?atau keturunan? cuba kita renungkan semula,sekiranya anak lelaki kita menjadi panas baran..tidak mustahil bila-bila masa sahaja mereka boleh jadi kaki pukul,membunuh dan sebagainya..begitulah dengan wanita..oleh itu marilah kita sama-sama mencari jalan serta membuang sikap panas baran pada diri kita dan anak2..

1. berilah mereka ruang untuk menyatakan apa yang mereka tidak puas hati
     biarkan mereka menyatakan hasrat hati mereka, selepas mendengar barulah kita memberi nasihat atau  pandangan atau penjelasan yang terbaik agar anak-anak boleh memahami dan tidak memberontak..adakalanya anak-anak ini perlukan perhatian,mahu kan kasih sayang,dibelai,dimanja dan sebagainya..komunikasi yang baik apabila anak-anak sedang marah adalah dengan mengambil hati mereka,bertanyalah denagn cara yang baik..

2. berdiam diri
    apabila kita terlalu marah lebih baik berdiam diri, itulah perkara yang perlu kita katakan kepada mereka. suruh mereka berfikir seketika..tentang kesan daripada marah itu..apabila kita marah, mulut akan mengeluarkan kata2 yang tidak sedap didengar..oleh itu biarlah anak2 bersendirian, tetapi perlu kita awasi juga..

3. faktor pemakanan..
    berilah anak-anak kita makanan dari sumber yang halal..rezeki yang kita perolehi biarlah halal..berilah mereka makanan yang sihat seperti kurma,kismis dan sebagainya..

4. setiap kata-kata ibu bapa dan perbuatan adalah doa untuk anak-anak
    keluarkanlah kata-kata yang baik,perbuatan yang baik kepada anak-anak kita..kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut adalah doa..jangan sesekali menyatakan anak kita bodoh,lembab,dan sebagainya...berdoalah untuk mereka agar menjadi insan yang penyayang...

p/s sesungguhnya solat itu adalah kerehatan jiwa yang paling baik...apabila kita marah, maka segeralah mengambil wuduk serta solat, beristighfar...untuk menenagkan jiwa yang memberontak...

No comments:

Post a Comment