Tuesday, April 17, 2012

jom kita hayati..

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu  kemana hendak di tuju
Kehilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalamaan diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat ditangan  membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi kita buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur  dengan masa
Tidak ada kawan yang datang membantu

Tiada pengalaman yang memastikanya
Tiada pedoman menunggu kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti 


 p/s hidup ini sangat singkat jika kita xpandai hendak menghargainya..

1 comment:

  1. Salam kenal. I dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..:)

    ReplyDelete